Baiklah, hari ini kita akan membicarakan soal mengambil tindakan.
Biar saya mulakan dengan kisah 3 ekor burung. Pada suatu ketika, ada 3 ekor burung yang sedang bertenggek di atas sebatang pokok. 2 daripadanya telah mengambil keputusan untuk terbang. Apa yang ingin saya tanyakan adalah agak mudah.
Berapakah ekor burung yang masih tinggal di atas pokok? Sebahagian daripada anda mungkin akan menjawab hanya ada 1 ekor yang tinggal. Tapi bagi anda yang mengetahuinya, jawapannya adalah 3! Tapi dengan hanya mengetahui sahaja adalah tidak memadai.
Mengapa ada 3 Pula?
Ini adalah kerana 2 ekor burung yang telah mengambil keputusan untuk terbang tadi, hanya telah mengambil keputusan untuk terbang sahaja. Mereka tidak pernahpun mengambil tindakan untuk terbang.
Mereka hanya berbicara soal hendak terbang, "Hei, apa kata kita terbanng?" "Ya, apa kata kita terbang?" Mereka terus berbicara dan terus berbicara lagi soal melakukan sesuatu tetapi mereka tidak pernahpun memulakannya.
Begitulah hakikatnya, terlalu ramai orang yang sibuk berkata 'jom terbang' manakala mereka hanya sibuk memperkatakan tentang 'terbang' dan telah melupakan sesuatu. Mereka telah lupa untuk mengambil tindakan, yang mana adalah bahagian yang terpenting sekali dalam sesuatu aktiviti.
Terlalu ramai orang yang berbicara dan berbincang tentang sesuatu perkara yang hendak mereka lakukan tetapi mereka tidak pernahpun hendak mula melakukannya. Saya mengistilahkannya sebagai "Paralisis Analisis". Mereka terlalu banyak berfikir.
Setiap hari ada beribu bahkan juga berjuta orang yang sibuk memperkatakan tentang rancangan mereka, termasuk anda juga, betul kan? Begitu juga dengan diri saya, tanyalah diri anda sendiri, adakah anda melakukannya? Adakah anda mengambil tindakan dalam ertikata yang sebenar?
Welcome
Selamat datang ke blog Putra Group. Terokai potensi pendapatan berterusan tanpa batasan anda di sini! Blog ini didedikasikan bagi membincangkan bagaimana untuk memanfaatkan teknologi internet terkini agar menjadikan diri anda seorang Usahawan Internet (IE) berjaya.
Labels
- Computer (1)
- E-business (1)
- Extra Income (1)
- Internet Marketing (4)
- News (1)
- Part Time Jobs (1)
- Pembangunan Diri (2)
- Web Hosting (1)
FEEDJIT Live Traffic Map
FEEDJIT Live Traffic Feed
Blog Archive
About My Team
- Team Putra
- Internet Marketing Specialist
Saudara pembaca yang budiman,
Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka. Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya. Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya. Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.Dan sekarang giliran anda pula.
Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya di sini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
Aset : Wang masuk
Liabiliti: Wang keluar
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif ~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya." Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja. Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=~=~=~=~=
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duituntuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik. Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan di luar dugaan anda.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=~=~=
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat. Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya. Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan. Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan oranglain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
Artikel ini telah dikarang oleh:
Saudara Mohd Nizam
Mega Strategy
http://rahsiakekayaan.com